Affendi Jeman sumbang dua ekor lembu kepada penduduk Kampung Telaga Air

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Solihin Kampung Telaga Air merakamkan penghargaan terima kasih kepada individu yang telah menyumbangkan dua ekor lembu bagi menjalankan ibadah korban pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Masjid Darul Solihin, Mohamad Arip memberitahu sumbangan oleh individu yang dikenali, Affendi Jeman itu membolehkan pihaknya menjalankan¬†ibadah¬†korban¬†bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha. “Saya mewakili Pengurusan Masjid […]

Continue Reading

Zon Lubok Antu juara MSS Sri Aman 12TKB

PASUKAN Zon Lubok Antu muncul sebagai juara pada Pertandingan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Sri Aman Bawah 12 tahun Ke bawah (TKB) yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Melaban petang semalam. Hari bersejarah buat rangkaian pemain Zon Lubok Antu itu tercipta setelah mengatasi pencabar utama pasukan Zon Undop dengan jaringan 2-0 pada […]

Continue Reading

Sri Aman tuan rumah Tinju Terbuka Sarawak, Ogos nanti

BUAT julung kalinya, Bahagian Sri Aman akan menjadi tumpuan peminat sukan tempur apabila dipilih menjadi gelanggang Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 31 Julai hingga 7 Ogos di Kompleks Sukan Tertutup, Sri Aman. Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA), Dato Rahman Lariwoo berharap semua peninju mengambil peluang dalam kejohanan anjuran Persekutuan Tinju Malaysia […]

Continue Reading

Belia Kampung Hulu Lemanak anjur Lombak Colop 7 Likur

SIMANGGANG: Belia Kampung Hulu Lemanak akan menganjurkan Pertandingan Lombak Colop 7 Likur bertempat di Kampung Hulu Lemanak pada 29 hingga 30 April ini. Pengerusi pertandingan, Mohd Hazam Hismuddin berkata setelah dua tahun permainan tradisi itu menyepi akibat pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara, pada tahun ini pihaknya telah merancang untuk menganjur semula aktiviti berkenaan. […]

Continue Reading

1,000 bubur pedas diagih kepada penduduk Zon Tengah Kabong

oleh: Adi Safarman KABONG: Sejumlah 1,000 bungkus bubur pedas telah diagihkan kepada penduduk di kawasan Zon Tengah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong bertempat di Masjid Ar-Rahim Gerigat, dekat sini Khamis lalu. Program yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kabong itu, diadakan secara gotong-royong antara penduduk […]

Continue Reading

Beri peluang kepada belia, mereka boleh berlatih mulai sekarang

SUDAH tiba masanya golongan belia mengambil alih mana-mana penganjuran berupa pertandingan, program, aktiviti di peringkat kampung. Ketua Kampung Hulu Lemanak, Jamali Hamden berkata ia sebagai dorongan agar lebih ramai golongan belia menyertai aktiviti kemasyarakatan di peringkat akar umbi. “Kini sudah tiba masanya golongan terbabit dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan apa-apa penganjuran pertandingan, program dan aktiviti di peringkat kampung. “Kita […]

Continue Reading

KPDNHEP Sri Aman pantau harga makanan di bazar ramadan

SIMANGGANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sri Aman akan meningkatkan aktiviti pemantauan harga barangan dan makanan di bazar Ramadan di sekitar bahagian Sri Aman dan Betong. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDNHEP Sri Aman, Al Redzamani Abdul Razak berkata, pemantauan utama adalah tertumpu kepada tanda harga, alat timbang dan sukat dan […]

Continue Reading

Mohd Adif sandaran utama jentera serangan Merpati Team

PENYERANG baharu Merpati Team, Mohd Adif Salim bakal menjadi taruhan jentera serangan skuad tersebut pada aksi separuh akhir menentang Englant FC petang esok dalam kempen Liga Sri Aman di Kompleks Sukan Sri Aman. Katanya, walaupun pada penampilan pertama beliau berjaya membantu Merpati Team mengikat PC United 1-1, Selasa lalu, ia mampu menjadi pembakar semangat buatnya untuk memperagakan aksi […]

Continue Reading