Suhaili Awang mulakan tugas sebagai Pegawai JaPen Sri Aman

SRI AMAN: Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia Daerah Sri Aman mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Suhaili Awang yang memulakan tugas sebagai Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman yang baharu bermula Rabu lalu.

Selesai sahaja mengetik kad perakam waktu, ia menandakan kehadiran beliau secara rasmi jabatan itu, beliau telah diberi taklimat oleh Penolong Pegawai Penerangan, Jessica Gilbert Bunsu mengenai struktur pentadbiran serta pengurusan JaPen Sri Aman.

Beliau yang sebelum ini merupakan Pegawai Penerangan Daerah Papar, Sabah turut menghadiri majlis penyerahan tugas serta turut diperkenalkan dengan anggota JaPen Sri Aman.

Warga Sri Aman yang lebih dikenali sebagai Bandar Benak Malaysia percaya ciri-ciri kepimpinan dinamik yang beliau miliki serta pengalaman yang luas mampu meneruskan transformasi organisasi ini diperingkat tempatan di kala mengharungi detik-detik masa kini yang sangat kompleks dan mencabar dalam era digital.