Program Spaoh Membaca Surah Yasin, malam esok

SPAOH: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Spaoh (LAKIS) akan menganjurkan Program Spaoh Membaca Surah Yasin yang akan diadakan pada malam esok.

Pengerusi LAKIS, Dr. Abang Ismail Abang Julhi berkata pihaknya mengajak seluruh umat Islam di daerah kecil itu untuk bersama-sama membaca surah Yasin dan berdoa demi kesejahteraan negara yang diadakan secara diatas talian (GoogleMeet), bermula jam 8.30 malam.

Beliau berkata program khas itu bertujuan mengajak penduduk untuk memanjatkan doa dan munajat dalam tempoh negara berhadapan saat getir musibah COVID-19.

“Semoga usaha ini akan mendapat rahmat dari Allah SWT agar dikurniakan kesembuhan buat mereka yang dijangkiti COVID-19 dan dihindari daripada wabak ini.

“LAKIS berbesar hati menjemput seluruh penduduk terutamanya di seluruh Kampung Spaoh untuk bersama-sama menonton dan menyertai program bermanfaat ini,” katanya.

Dr. Abang Ismail berkata penduduk Kampung Spaoh diseru agar dapat menggunakan kesempatan berkumpul bersama keluarga sewaktu penguatkuasaan Sekatan Pergerakan Penuh semua sektor ini dengan bersama-sama mengikuti program itu.

“Terima kasih kepada semua yang bakal bersama LAKIS dalam mengimarahkan lagi program pada malam esok,” ujarnya sambil menambah pihaknya telah menyediakan dua pautan GoogleMeet yang telah disediakan kepada penduduk Spaoh menyertai program berkenaan.

Kepada sesiapa yang hendak menyertai program ini hendaklah menekan dua pautan seperti:

Link 1 : meet.google.com/ajr-kubi-heu

Link 2 : meet.google.com/xqd-bciz-xna

Beliau berkata program bacaan Yasin malam esok akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Zulkanain Sedi.