Kolaborasi MyProdigy dan JALA bagi program kurikulum SDG di Sarawak

Baru-baru ini telah berlangsung satu Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi antara MyProdigy Malaysia yang diwakili Pengerusinya, YB Senator Jaziri Alkaf A. Suffian bersama Pengerusi, Japan Active Learning Association (JALA), Mr. Hideaki Aikawa, yang juga CEO of Samadhi Co. Ltd Japan.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Melalui kolaborasi ini pihak MyProdigy akan mendigitalkan konten pembelajaran dan pendidikan milik JALA iaitu kurikulum Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Sustainable Development Goal (SDG) ‘Round Problems’ dan MyProdigy akan pelaksanaannya secara berperingkat di Malaysia. Program ini telah berjaya disampaikan kepada 60,000 pelajar di Japan.

Sarawak adalah antara negeri bertuah yang akan menjadi antara negeri pertama terpilih dalam pelaksanaan program ini.

Program SDG ini telah diiktiraf oleh Dr. Jefferey Sachs yang juga Penasihat Khas kepada Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Program ini menyasarkan untuk membangunkan pelajar dalam pelbagai aspek dan skil seperti design thinking, critical thinking, growth mindset, resilience serta meningkatkan motivasi kendiri serta mempunyai misi kendiri yang bertindak seiring dalam mencapai sasaran SDG khususnya SDG nombor 4 iaitu Pendidikan Berkualiti.

Skil ini adalah penting dan kritikal dalam usaha melengkapkan pelajar dengan skil abad ke-21.

Pelajar juga didedahkan supaya berfikiran global dan mengutamakan kelestarian (sustainability) dalam perbuatan dan tindakan mereka.

Program ini amat sesuai untuk semua peringkat pembelajaran sama ada daripada peringkat sekolah menengah, peringkat vokasional dan juga universiti.

Adalah menjadi harapan kepada MyProdigy untuk menerap bentuk pemikiran dan sikap yang dilatih menerusi SDG kepada para pelajar dan pesertanya untuk seluruh anak muda di Malaysia.

Pihak MyProdigy juga merancang agar program ini dilaksanakan secara menyeluruh dalam kalangan anak muda di seluruh Malaysia.

Usaha ini penting untuk kita memperkasakan generasi masa hadapan dan memperkukuhkan kapital intelektual (intellectual capital) negara.