Persaingan sihat empat penjuru di DUN Engkilili

PILIHANRAYA SARAWAK

ENGKILILI: Calon baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS), Desmond Sateng Sanjan menganggap pertembungan empat penjuru di kerusi Engkilili pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak satu persaingan yang sihat. 

Jelasnya yang dicabar tiga calon dari parti lawan, terutamanya calon penyandang dari PSB, Dr. Johnical Rayong Anak Ngipa, Stel Anak Datu (Parti Bersatu Kenyalang) dan Gemong Batu (Bebas), situasi itu adalah persaingan positif demi pembangunan DUN Engkilili.

Sebaliknya, bagi Desmond menjelaskan beliau tidak akan memandang mudah pencabar-pencabarnya yang turut merebut kerusi panas Engkilili pada pilihan raya kali ini.

“Yang pasti kita akan bekerja lebih keras menumpukan apa yang sudah dirancang termasuk memantapkan kempen pilihan raya,” katanya calon yang ditampilkan daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Desmond berkata kumpulan kempen sudah digerakkan di kawasan Engkilili dan perkampungan Iban mengikut kesesuaian kawasan yang dihadapi.

Tambahnya lagi, beliau yakin bahawa norma baharu dalam pilihan raya ini nanti tidak akan mengganggu proses berkempen setelah hampir dua tahun dalam keadaan berhadapan COVID-19, ia telah mula menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian.

“Kita akan cuba menfaatkan apa sahaja cara yang telah dibenarkan untuk kita berkempen pada kali ini, saya rasa kita tidak akan ada masalah untuk itu,” katanya

Bagaimanapun, Desmond memahami cara untuk berkempen pada kali ini mungkin banyak berbeza berbanding pilihan raya terdahulu atas pelbagai prosedur operasi standard (SPR) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, agenda utama beliau adalah untuk merampas kembali kerusi DUN berkenaan, apabila PSB iaitu parti penyandang kerusinya, Dr. Johnnical Rayong Ngipa bertindak membawa haluan sendiri di luar GPS pada Ogos tahun lepas.

“Atas sebab itu saya merayu kepada jentera parti serta pengundi di DUN Engkilili untuk lebih bekerja keras demi memastikan kerusi ini kembali menjadi milik kita demi masa depan pembangunan hidup rakyat di situ,” tegasnya.

Dalam PRN-11 (2016) Sarawak lepas, DUN N.33 Engkelili telah dimenangi oleh Dr Johnical Rayong Ngipa yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada masa itu dengan mendapat 3,857 majoriti undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.