Dayang Noorazah menang bergaya di DUN Lingga

PILIHANRAYA SARAWAK

SIMANGGANG: Dewan Undangan Negeri (DUN) N28 Lingga kekal menjadi milik Gabungan Parti Sarawak (GPS) setelah berjaya memenangi kerusi ‘panas’ itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) semalam.

Kemenangan tersebut diperolehi setelah calon m uka baharu mereka, Dayang Noorazah Awang Sohor, 3 3 memperoleh sebanyak 3,700 undi dalam pertandingan enam penjuru bagi merebut kerusi DUN tersebut.

Sementara itu, calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Dato Wan Abdillah Edruce Abdul Rahman memperoleh 1,427 undi sambil diikuti oleh calon Bebas, Mohd Sepian Abang Daud (880 undi), dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Baha Imam (139 undi).

Calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abang Kassim Abang Bujang pula memperoleh 130 undi dengan dan calon Parti Sedar Sarawak (SEDAR), Abang Ahmad Abang Sunni pula memperoleh 92 undi.

GPS menerusi keputusan tersebut memperoleh 2,273 undi majoriti dan 129 undi rosak dengan peratusan jumlah pemilih berdaftar turun mengundi adalah 68.07 peratus.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN N28 Lingga, Mohd Asree Wee telah pun mengumum keputusan berkenaan pada 8.30 malam di Dewan Suarah Sri Aman dekat sini.

Terdahulu , Dayang Noorazah telah diumum sebagai penyandang kerusi DUN N28 Lingga untuk PRN-12 bagi menggantikan bekas penyandangnya iaitu Dato Simoi Peri pada 3 Disember lepas.