Persatuan Anak Kabong ucap tahniah kepada Mohd Chee Kadir

TEMPATAN

PERSATUAN Anak Kabong (PAK) mengucapkan setinggi tinggi Tahniah atas kemenangan Penaungnya YB Mohd Chee Bin Kadir kerana telah berjaya memenangi dan mempertahankan kerusi bagi ADUN N.40 Kabong pada PRN ke-12 kali ini.

Beliau berjaya menewaskan tiga orang calon lain iaitu dari PSB, Amanah dan PBK dengan majoriti sebanyak 2763 undi.

Dalam menzahirkan rasa kesyukuran dan gembira Pengerusi, Exco dan seluruh ahli PAK, Encik Semawi Mohamad menyatakan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YB MCK di atas komitmen serta kerja kuat beliau sepanjang lima tahun yang lepas dan semoga usaha pembangunan dan prihatin masyarakat terus diperhebatkan untuk lima tahun yg akan datang.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada semua pengundi yang terus memberikan sokongan dan kepercayaan padu kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk terus memacu pembangunan Wilayah Sarawak sebagai Wilayah Maju pada tahun 2030.