Bomba Sarawak Siap Sedia Hadapi Banjir

BENCANA

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menasihatkan orang ramai khususnya mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berdekatan sungai serta laut agar sentiasa berwaspada dalam menghadapi banjir dengan cuaca yang kerap hujan ketika ini.

JBPM Sarawak sebelum ini telah mengenal pasti 349 lokasi berisiko dilanda banjir di seluruh Sarawak ketika musim Monsun Timur Laut.

Terdapat 54 lokasi berisiko banjir di Zon 1 (Kuching, Bau dan Lundu), 61 lokasi di Zon 2 (Kota Samarahan, Siburan, Serian, Simunjan dan Asajaya), 23 lokasi di Zon 3 (Sri Aman, Betong dan Saratok) dan 90 lokasi di Zon 4 (Sibu, Sungai Merah, Sarikei, Bintangor, Kanowit, Mukah, Kapit, Song, Daro, Selangau dan Sibu Jaya).

Sementara itu, 13 lokasi di Zon 5 (Bintulu, Samalaju dan Tatau), 78 lokasi di Zon 6 (Miri, Lopeng, Batu Niah dan Marudi) dan 30 lokasi di Zon 7 (Limbang).-EDISI UKAS