Armada Sri Aman anjur Program Gunting Rambut Percuma, esok

TEMPATAN

IBU bapa pelajar disaran agar tidak melepaskan peluang untuk menyertai Program Back To School: Gunting Rambut Percuma yang akan berlangsung di Mini Stadium Sri Aman pada esok (Ahad).

Program anjuran Pejabat Rasmi Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sri Aman ini akan bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang sambil melibatkan lima tukang gunting bagi tujuan berkenaan.

“Seramai 500 pelajar disasar untuk menjalani proses menggunting rambut pada program
ini nanti dengan objektif utamanya adalah untuk mengurangkan beban ibu bapa yang memiliki ramai anak dan bakal memasuki alam persekolahan pada minggu hadapan.

“Atas sebab ini saya menyarankan ibu bapa agar tidak melepaskan peluang ini agar anak-anak tampil dengan imej yang kemas serta berdisplin ketika berada di sekolah,” kata Ketua ARMADA Sri Aman merangkap Sarawak, Alexander Frusis.

Selain itu penganjuran program berkenaan kata Alexander juga adalah merupakan niat dirinya untuk membantu golongan sasaran iaitu keluarga B40 yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 sebelum ini.

Malah penganjuran program berkenaan katanya juga secara tidak langsung akan dapat membantu golongan keluarga B40 menjimatkan kos perbelanjaan mereka untuk diguna bagi tujuan lain-lain urusan.

“Pejabat Rasmi ARMADA Sri Aman akan berusaha sebaik mungkin untuk menyumbang bakti terhadap rakyat dari segala aspek kehidupan mereka seperti yang dikehendaki oleh kerajaan sebelum ini.

“Justeru kami berharap agar Program Back To School: Gunting Rambut Percuma ini nanti akan dapat mencapai sasaran kehadiran pelahar dan seterusnya membantu mencapai objektif pelaksanaannya,” kata Alexander