Hannah Futsal Fever Miri 2022, 28-30 Januari ini

SUKAN

SEJUMLAH 32 pasukan bakal berentap pada Pertandingan Hannah Futsal Fever Miri 2022 yang akan diadakan pada 28 hingga 30 Januari nanti.

Penyelaras pertandingan, Ismail Daud berkata pertandingan itu adalah terbuka kepada semua pasukan futsal lelaki di negeri ini dan ia bakal menyajikan satu lagi persaingan sengit dan Gelanggang Futsal Buceros yang sebelum ini dikenali dengan nama Jumbo Senadin itu akan menjadi medan utama pertandingan itu kelak.

“Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua kelab dan pasukan futsal di negeri ini dengan menjanjikan hadiah menarik dimana sang juara akan membawa pulang piala iringan, pingat dan wang tunai berjumlah RM1,500, piala juara, pingat, RM150 baucer Buceros, baucer 30 peratus Restoran Hannah dan RM50 baucer Grasso.

“Tempat kedua pertandingan akan membawa piala, pingat, wang tunai RM800, RM100 baucer Buceros, baucer 20 peratus Restoran Hannah dan RM50 baucer Grasso.

“Manakala tempat ketiga bersama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 berserta piala, medal, RM50 baucer Buceros, baucer 10 peratus Restoran Hannah dan RM50 baucer Grasso.

“Sejumlah RM200 yuran penyertaan akan dikenakan untuk setiap pasukan dan setiap pasukan yang menyertai akan mendapat baucer sebanyak RM10 daripada Buceros Futsal Court,” katanya.

Ismail berkata, pertandingan tersebut dihadkan kepada 32 pasukan dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Januari 2022.

Mereka yang ingin menyertai pertandingan itu nanti katanya bolehlah menghubungi urusetia pertandingan ditalian (016-4658735) atau (010-9813554).