Kemudahan pendidikan akan diberi perhatian- Dayang Noorazah

TEMPATAN

LINGGA: Kemudahan pendidikan anak-anak di sekolah perlu diberikan perhatian sewajarnya demi memastikan mereka mendapat pembelajaran yang sempurna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata dalam hal ini beliau akan komited dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan sekolah supaya anak-anak dapat belajar dalam suasana selesa.

“Saya komited dalam membangunkan sekolah supaya anak-anak dapat belajar dengan selesa.

“Justeru, ibu bapa diminta untuk tidak sesekali mengabaikan pembelajaran anak-anak mereka, kerana dengan pelajaran akan dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga dengan anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan bekerja dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C) Chung Hua Lingga dekat sini semalam.

Dayang Noorazah berkata usaha itu amat penting bagi memastikan prasarana dan kemudahan yang diperlukan oleh sekolah di kawasannya sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

“Saya sedar memang ada cabarannya namun, saya memberi jaminan akan terus komited membantu tingkatkan prasarana pendidikan di seluruh DUN Lingga selagi saya masih bergelar wakil rakyat di kawasan ini,” ujarnya.