Pelancaran Pusat Komuniti ISMA Kuching

TEMPATAN

KUCHING: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah melancarkan Pusat Komuniti ISMA (PUSKOM) bertempat di Taman Maple Village, Gita, Sabtu lalu.

ISMA dengan kerjasama rakan strategik Yayasan Ikhlas telah menandatangani satu perjanjian persefahaman untuk menubuhkan sebuah pusat komuniti di Kuching.

Dengan wujudnya Pusat Komuniti ISMA, ia dijangka akan memanfaatkan penduduk sekitar Kuching dengan pelbagai aktiviti pendidikan, kekeluargaan dan kemasyarakatan seperti kelas mengaji Al-Quran, kelas tuisyen Matematik, kelas bimbingan mualaf dan aktiviti riadah seperti memanah.

Pada majlis pelancaran dan perasmian PUSKOM tersebut juga diadakan sesi penyerahan sumbangan dan bantuan daripada pihak Yayasan Ikhlas kepada ibu tunggal dan golongan kurang upaya seramai 10 penerima.

Sesi penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan Gubahan Pulut Kuning anjuran Wanita ISMA yang telahpun berlangsung seminggu sebelum Majlis perasmian ini.

PUSKOM yang telah memulakan operasinya sejak tahun 2015 berhasrat untuk menjadikan pusat kegiatan masyarakat dengan menawarkan ruang dan kepakaran untuk menganjurkan pelbagai aktiviti berpaksikan pendidikan kemasyarakatan dan kekeluargaan.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Hasmida Hasan (013-8134273).

Tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas, Profesor Dr. Zainur Rashid Zainuddin, Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Bilal Jailani, Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA, Mohd. Azib Asmangi, Yang Dipertua ISMA Kuching Zainizam Zawawi dan Pengerusi PUSKOM, Hasmida Hasan.