Pertandingan Nyintak Udang Sungai Batang Lupar, 12 Mac depan

TEMPATAN

SIMANGGANG: Warga Kampung Hulu Lemanak dan Kampung Pasir Panas dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN N.28 Lingga akan menganjurkan Pertandingan Nyintak Udang Edisi 2022 yang diadakan pada 12 Mac nanti.

Menurut Pengerusi pertandingan, Zamari Morsidi berkata pertandingan yang mencabar dan istimewa ini akan membolehkan para kaki pancing mempamerkan bakat dan kebolehan memancing mereka.

Beliau berkata lokasi pertandingan Nyintak Udang tersebut akan diadakan di Pengkalan Pak Adet, Sungai Batang Lupar bertempat di Kampung Hulu Sri Aman.

“Bagi kaki pancing yang berada di sekitar daerah Sri Aman, mereka boleh menyertai pertandingan tersebut dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM30 untuk dua batang joran.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua peminat serta kaki pancing dan penyertaan adalah terhad kepada seramai 100 orang peserta sahaja,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertandingan tersebut dekat sini semalam.

Zamari berkata peserta yang menjadi juara pertandingan memancing Nyintak Udang ini akan membawa balik wang tunai sebanyak RM500, tempat kedua RM350, manakala tempat ketiga RM250 dan tempat keempat dan kelima akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100.

Selain itu hadiah lumayan (Jackpot) sebanyak RM1,000 disediakan kepada peserta yang berjaya memperoleh pancingan udang seberat 120 gram keatas.

Tempoh pertandingan adalah empat jam setengah di mana pertandingan akan dimulakan pada jam 9 pagi hingga 1.30 petang dan para peserta hanya dibenarkan untuk membawa dua set alat memancing bagi setiap peserta yang telah mendaftar.

Zamari berkata selain pertandingan Nyintak Udang, pihaknya turut menganjurkan dua program sampingan iaitu pertandingan karaoke dan pertandingan memasak.

“Untuk pertandingan karaoke, juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100, tempat kedua (RM70) dan tempat ketiga hingga kesepuluh menerima hadiah wang tunai RM50).

“Bagi pertandingan memasak pula, hadiah tempat pertama iaitu RM200, tempat kedua RM150, tempat ketiga RM100 dan keempat RM50,” tambahnya kedua-dua pertandingan tersebut juga adalah terbuka kepada semua penduduk.

Untuk penyertaan atau sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi penganjur ditalian 019-77668116 (Zamari Morsidi), 013-8316642 (Awang Mazelan) atau 013-8365047 (Rosli).