Futsal N.40 Kabong 12-20 Mac ini

SUKAN

PUSAT Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Begal Legends akan menganjurkan Kejohanan Futsal N.40 Kabong pada 12 hingga 20 Mac di Pusat Sukan Kabong.

Menurut Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir berkata kejohanan tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu terbuka lelaki, terbuka wanita dan terbuka veteran lelaki.

“Bagi kategori terbuka lelaki, sang juara akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 berserta piala juara dan medal, manakala naib juara akan mendapat hadiah wang tunai RM1,000, piala dan medal.

“Pasukan yang mendapat tempat di kedudukan ketiga pula, hadiah wang tunai berjumlah RM500, piala serta medal dan tempat keempat RM200, piala dan juga medal,” katanya kepada Sarawak Press Daily Online, hari ini.

Nur Elffi berkata bagi kategori wanita terbuka pula, juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000, piala juara dan medal, naib juara RM500, piala dan medal, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM100 dan RM50 berserta piala dan medal.

“Selain itu, bagi kategori lelaki veteran pula sang juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 berserta piala juara dan medal, dan naib juara pula membawa pulang RM500, piala dan medal,” ujarnya.

Beliau menambah format pertandingan dijalankan secara liga kumpulan, di mana dua pasukan terbaik di setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati.

Nur Elffi menjelaskan pertandingan bagi ketiga-tiga kategori itu adalah terbuka kepada semua pasukan futsal lelaki di negeri ini dan ia bakal menyajikan satu lagi persaingan sengit dan Gelanggang Pusat Sukan Kabong bakal menjadi medan utama pertandingan itu kelak.

“Saya yakin ramai pemain handalan serta peminat sukan futsal berkampung di daerah Kabobg pada masa itu bagi merebut hadiah lumayan yang ditawarkan serta piala berprestij untuk dibawa pulang,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenau pertandinghan itu bolehlah menghubungi urusetia di talianĀ 014-5948400 (Hasrol) dan Zainal (011-33315285). – ADI SAFARMAN