66 murid SK Abg Aing jalani Program Transisi Tahun 1

TEMPATAN

SIMANGGANG: Seramai 66 murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing, di sini, mengikuti program Transisi Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2022.

Program yang dijalankan selama empat minggu bermula pada 21 Mac lalu hingga 15 April ini membabitkan 66 murid.

Menurut Pengerusi Jawatan Kuasa induk Program Transisi Tahun Satu, Bohan Sahar berkata program itu untuk membantu murid menghadapi perubahan diri atau transisi daripada pendidikan tidak formal di rumah atau prasekolah ke pendidikan secara formal tahun satu.

“Majlis penutup ini adalah acara kemuncak kepada Program Transisi bagi murid tahun satu dan merupakan satu inisiatif untuk mempersiapkan murid-murid tahun satu membiasakan diri mereka dengan aktiviti harian dan persekitaran sekolah sebelum memulakan sesi pembelajaran sebenar,” katanya.

Bohan yang juga Guru Besar SK Abang Aing berkata program yang dijalankan itu tetap menitikberatkan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah terutamanya guru-guru yang terlibat menjalankan Program Transisi Tahun Satu kerana bersama-sama melaksanakan program dengan jayanya.

Pada majlis itu juga, turut diadakan penyampaian anugerah kepada murid-murid yang telah mencapai kecemerlangan bagi tiga buah kelas tahun satu.

Bagi Tahun 1 Jaya, anugerah terbaik mata pelajaran Bahasa Melayu telah dianugerahkan kepada Dayang Aileen Nathania Abdullah, Dayang Nurhaziqah Abang Zamri (Bahasa Inggeris), Nur Alfani Qatashya Muhamad Azmi (Matematik) dan Adwa Amni Zukaria (Sains).

Sementara Tahun 1 Maju pula, Qaseh Ummairah Dzulrahman telah membolot dua mata pelajaran terbaik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Mohamad Ziqri Kamaruddin (Matematik) dan Nurul Izzatul Aqmar Muhammad Shukor (Sains).

Manakala bagi Tahun 1 Tekun pula, anugerah terbaik mata pelajaran Bahasa Melayu telah dianugerahkan kepada Alena Carissa Dora, Rossa Gleana Redson (Bahasa Inggeris), Asfa Syahmi Abdullah (Matematik) dan Claudia Valeriey Shima (Sains).

Turut hadit ialah Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa induk Program Transisi Tahun Satu, Mohd Nurmisuari Qazreen Shamsuddin dan Naib Pengerusi, Rosty Bujang.