Affendi Jeman sumbang dua ekor lembu kepada penduduk Kampung Telaga Air

TEMPATAN

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Solihin Kampung Telaga Air merakamkan penghargaan terima kasih kepada individu yang telah menyumbangkan dua ekor lembu bagi menjalankan ibadah korban pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Darul Solihin, Mohamad Arip memberitahu sumbangan oleh individu yang dikenali, Affendi Jeman itu membolehkan pihaknya menjalankan ibadah korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Saya mewakili Pengurusan Masjid Darul Solihin Kampung Telaga Air mengucapkan terima kasih kepada saudara Affendi Jeman diatas sumbangan dua ekor lembu kepada pihak kami.

“Dengan sumbangan itu, ia membolehkan lebih ramai penduduk berpeluang merasai daging korban, terutama golongan yang kurang berkemampuan,” katanya pada Majlis Ibadah Korban yang diadakan dekat sini semalam.

Mohamad Arip berkata jawatankuasa Masjid Darul Solihin pada tahun ini merasakan amat bertuah, dan gembira diatas derma yang disumbangkan oleh individu tersebut.

Dalam pada itu, Affendi menjelaskan dengan sumbangan dua ekor lembu itu beliau berharap agar kesemua penduduk muslim di Kampung Telaga Air dapat memanfaatkan sepenuhnya daging lembu korban yang diagihkan kepada mereka nanti.

“Insyaallah….jika ada rezeki lebih saya akan tampil menyumbangkan lagi kepada penduduk Kampung Telaga Air. Semoga ia memberi manfaat kepada semua penduduk terutamanya golongan yang kurang berkemampuan,” ujarnya.