Sri Aman tuan rumah Tinju Terbuka Sarawak, Ogos nanti

BUAT julung kalinya, Bahagian Sri Aman akan menjadi tumpuan peminat sukan tempur apabila dipilih menjadi gelanggang Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 31 Julai hingga 7 Ogos di Kompleks Sukan Tertutup, Sri Aman. Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA), Dato Rahman Lariwoo berharap semua peninju mengambil peluang dalam kejohanan anjuran Persekutuan Tinju Malaysia […]

Continue Reading

Mohd Adif sandaran utama jentera serangan Merpati Team

PENYERANG baharu Merpati Team, Mohd Adif Salim bakal menjadi taruhan jentera serangan skuad tersebut pada aksi separuh akhir menentang Englant FC petang esok dalam kempen Liga Sri Aman di Kompleks Sukan Sri Aman. Katanya, walaupun pada penampilan pertama beliau berjaya membantu Merpati Team mengikat PC United 1-1, Selasa lalu, ia mampu menjadi pembakar semangat buatnya untuk memperagakan aksi […]

Continue Reading

PC United tidak pandang mudah kemampuan Azam FC

MENJELANG sepak mula saingan Liga Sri Aman pagi Sabtu ini, barisan pemain muda PC United diingatkan tidak memandang rendah keupayaan skuad Azam FC. Pengurus pasukan PC United, Wan Mohd Mirzan Wan Hanafi berkata meskipun rata-rata pemain yang membarisi pasukan lawan itu belum lagi menemui rentak kemenangan dan telah mencatatkan dua kekalahan sebelum ini, namun keupayaan mereka tidak boleh diambil mudah oleh skuad yang dikendali […]

Continue Reading

Liga Sri Aman: Merpati Team tidak sabar beraksi

JUARA bertahan, Merpati Team bersedia mengharungi baki saingan Liga Sri Aman yang bermula Sabtu ini di Kompleks Sukan Sri Aman. Pengurus pasukan Merpati Team, Hazlin Haji Ali Hassan berkata setelah setahun kempen Liga Sri Aman tertunda, kini tiba masanya pasukan kendalian Sulaiman Idi akan turun beraksi menentang skuad Rimong Croc United, petang Sabtu ini. Beliau berkata anak-anak […]

Continue Reading

Futsal N.40 Kabong 12-20 Mac ini

PUSAT Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Begal Legends akan menganjurkan Kejohanan Futsal N.40 Kabong pada 12 hingga 20 Mac di Pusat Sukan Kabong. Menurut Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir berkata kejohanan tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu terbuka lelaki, terbuka wanita dan terbuka veteran lelaki. “Bagi kategori […]

Continue Reading

Azam FC perlukan pasukan ‘sparring’ yang kuat

SKUAD Azam FC akan mempunyai tugas sukar apabila menghadapi Liga Sri Aman yang bakal bermula 12 Mac ini tanpa sebarang perlawanan persahabatan yang berkualiti. Ketiadaan perlawanan seumpamanya di dalam jadual latihan pasukan itu, menyaksikan ketua jurulatih Abang Zamzam Abang Budiman sukar menilai kemampuan dan keserasian pemainnya, sekaligus merencatkan persediaan skuad dalam menguji kemampuan sebenar pasukan muda itu. […]

Continue Reading

Futsal Piala Datuk Bandar Miri, 25-27 Feb ini

Oleh; Adi Safarman SEJUMLAH RM9,800 hadiah wang tunai keseluruhan bakal menanti pemenang pada Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka bagi merebut Piala Datuk Bandar Miri, pada 25 hingga 27 Februari ini. Menurut Presiden Kelab Sosial Dan Rekreasi Kakitangan Majlis Bandaraya Miri, Mohd Zaidi Adrus Razali, berkata pertandingan itu adalah terbuka kepada semua pasukan futsal lelaki di negeri ini dan […]

Continue Reading